TERAJU
Mengenai TERAJU
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai organisasi strategik yang berperanan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.
Kini, fungsi TERAJU telah diperluaskan sebagai Penyelaras Utama Agenda Sosioekonomi Bumiputera bertrajektori tinggi, melalui tindakan intervensi strategik, inisiatif dan program berlandaskan bidang keutamaan dalam Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). TERAJU berperanan menggalakan penyertaan Bumiputera dalam industri strategik yang berimpak tinggi ke arah menghasilkan ekosistem pembangunan Bumiputera yang mampan, dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.
TERAJU turut dipertanggungjawabkan memacu aspek kesejahteraan dan kelestarian hidup seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan sosial dan kelestarian bagi menghasilkan persekitaran yang selesa dan dinamik, serta mengangkat martabat Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.
Garis Masa Agenda Bumiputera

1. KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 1 (1965
Hasil kongres ini, terbentuklah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Mara diberikan kepercayaan untuk memajukan taraf hidup masyarakat Bumiputera terutama dalam sektor perdagangan dan perindustrian
2. DASAR EKONOMI BARU (1971-1990)
Mencapai perpaduan, keharmonian dan integriti nasional melalui penyusunan semula sosio-ekonomi (masyarakat) dan meminimumkan tahap kemiskinan di negara ini (pembasmian kemiskinan)
3. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2001)
Mencapai pertumbuhan ekonomi, sambil memastikan bahawa keuntungan yang diperoleh menjangkau semua lapisan masyarakat
4. WAWASAN 2020 (1991-2020)
Negara perindustrian yang mandiri menjelang tahun 2020, merangkumi semua aspek kehidupan, dari kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial, kelas dunia pendidikan, kestabilan politik, dan juga keseimbangan psikologi.
5. DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010)
Menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama
6. DASAR TRANSFORMASI NASIONAL (2011-2020)
Mengubah ekonomi Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dan pertumbuhan, kelestarian dan keterangkuman yang berkualiti
7. BUMIPUTERA ECONOMIC TRANSFORMATION ROADMAP 1.0 (2011-2016)
Untuk memperhebatkan penciptaan kekayaan Bumiputera seiring dengan transformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020
8. BUMIPUTERA ECONOMIC TRANSFORMATION ROADMAP 2.0
Mewakili agenda pemerkasaan Bumiputera yang inklusif dan holistik yang tidak terhad kepada satu bidang tertentu, seperti pemerkasaan ekonomi, sebaliknya, ia mengambil kira semua aspek kesejahteraan Bumiputera seperti pendidikan, kesihatan serta sosial dan budaya
9. WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA (2021-2030)
Komitmen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mencapai pertumbuhan yang mampan bersama dengan pengagihan yang adil dan saksama, di antara kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan
Fungsi & Peranan
TERAJU adalah Penyelaras utama dan pembolehcara strategik Agenda Pemerkasaan ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera. TERAJU menyelaras, memacu dan menjalankan intervensi strategik melalui penyampaian perkhidmatannya.

Meneraju
Menerajui Agenda Bumiputera untuk meningkatkan ekonomi dan sosioekonomi melalui Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030.

Memacu
Memacu pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baru serta melaksanakan inisiatif intervensi strategik.

Menyelaras
Menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif Agenda Pemerkasaan Bumiputera melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan sektor swasta.
Pengurusan Kanan
Junady Nawawi
Ketua Pegawai Eksekutif


Norfaazah Basir
Pengarah Kanan Khidmat Korporat
Mohd Najib bin Jaafar
Pengarah Kanan, Perancangan Strategik
