Inisiatif Yang Sudah Selesai

Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) diwujudkan pada tahun 2011 bertujuan mengenal pasti syarikat Bumiputera yang berpotensi tinggi. Antara objektifnya ialah memantau & memastikan syarikat-syarikat ini berkembang diperingkat pasaran tempatan, serantau dan global.

Beberapa syarikat TeraS yang berskala besar dikenalpasti sebagai syarikat induk dalam menyokong pertumbuhan perniagaan syarikat-syarikat TeraS yang lain.

Dana Teras


Dana Teras bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh RHB Islamic dan Hong Leong Islamic Bank.

Fakta Ringkas

* Pencapaian sehingga Ogos 2019

Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera

Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB2015) ini telah dimulakan pada tahun 2015 bagi tujuan pembangunan usahawan mencapai tahap lebih tinggi dengan bantuan dana dan kewangan, peningkatan kapasiti, kemudahan infrastruktur, mesin dan peralatan.

DPUB2015 bertujuan untuk menghasilkan usahawan-usahawan yang bersedia untuk pasaran eksport, di samping menyokong program-program di koridor-koridor negeri seperti Iskandar Malaysia (IRDA), Northern Corridor Ecocomic Region (NCER),East Coast Economic Region (ECER), Negeri Sabah dan Sarawak. DPUB2015 juga bergerak dengan rakan-rakan usahama strategik untuk menyemarakkan lagi usaha ke arah pembangunan usahawan Bumiputera.

Fakta Ringkas

* Pencapaian sehingga Disember 2020

Carve-out & Compete

Inisiatif carve-out adalah bertujuan untuk meningkatkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam projek-projek mega kerajaan dan GLC. Langkah ini sejajar dengan peranan TERAJU untuk meningkatkan penglibatan syarikat Bumiputera dalam projek berskala besar dan mempunyai nilai yang tinggi.

Inisiatif ini diterajui enam prinsip rancangan Transformasi Ekonomi Bumiputera iaitu mesra pasaran, berasaskan keperluan, berasaskan merit, ketelusan, daya saing, pro pertumbuhan dan mapan. Syarikat Bumiputera yang berkelayakan harus bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kontrak bagi projek berkenaan dan pemilihan akan dibuat berdasarkan merit.

Sebelum ini, pada 2012, TERAJU telah bekerjasama dengan MRT Corp bagi melaksanakan projek MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang. Dalam kerjasama itu, MRT Corp telah telah menganugerahkan sebanyak 50 peratus daripada pakej kerja projek berkenaan kepada 265 kontraktor Bumiputera.

Fakta Ringkas

* Pencapaian sehingga Ogos 2019

Program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) dikendalikan secara bersama oleh TERAJU dan Ekuinas adalah bagi memberikan khidmat nasihat sokongan secara menyeluruh kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk disenaraikan.

SJJB diperluas untuk merangkumi syarikat tersenarai awam (PLC) Bumiputera bermodal pasaran kecil dan sederhana dengan matlamat memajukannya menjadi syarikat peneraju pasaran masa hadapan. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan nilai modal pasaran syarikat PLC Bumiputera.

Di bawah program SJJB, tumpuan diberikan terhadap usaha membina kapasiti dengan menyediakan khidmat nasihat secara menyeluruh kepada syarikat yang mempunyai potensi penyenaraian. Ini termasuk menyediakan pelan penciptaan nilai bagi meningkatkan kemampanan perniagaan menerusi pertumbuhan rganic dan bukan rganic, mengenalpasti cara mengakses dana, dan menambah baik proses urus tadbir syarikat untuk memastikan syarikat bersedia untuk disenaraikan serta pengembangan seterusnya. Selepas itu, SJJB akan bekerjasama dengan syarikat Bumiputera untuk merangka dan melaksanakan pelan IPO demi menjamin kejayaan penyenaraian.

Fakta Ringkas

* Pencapaian sehingga April 2020

Makluman: Program SUPERB telah dihentikan buat sementara waktu bagi tujuan penambahbaikan struktur program

Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) merupakan platform yang terbaik bagi usahawan yang memerlukan lonjakan untuk (start-up) Bumiputera menbentangkan idea perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) merupakan platform yang terbaik bagi usahawan yang memerlukan lonjakan untuk (start-up) Bumiputera menbentangkan idea perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

SUPERB memberi peluang kepada usahawan permulaan Bumiputera yang berumur 21 sehingga 40 tahun dan berdaya saing, kreatif serta inovatif untuk membawa produk dan perkhidmatan yang dihasilkan ke peringkat yang lebih tinggi.

SUPERB memberi peluang kepada usahawan permulaan Bumiputera yang berumur 21 sehingga 40 tahun dan berdaya saing, kreatif serta inovatif untuk membawa produk dan perkhidmatan yang dihasilkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Tema Projek SUPERB 2020

Ekonomi Digital

Revolusi Perindustrian 4.0

Perusahaan Sosial/Ekonomi Perkongsian

Kreatif/Seni/Kesihatan/Fesyen

Inovasi Makanan

Perniagaan Agro/Agri

Fakta Ringkas

*Pencapaian sehingga Disember 2020

Makluman: Program Dana Kemakmuran Bumiputera DKB kini dalam proses penelitian dan penambahbaikan struktur program sebagai salah satu usaha kami meningkatkan penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan. Oleh yang demikian, sebarang proses dan urusan berkaitan DKB dihentikan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Dana Kemakmuran Bumiputera (“DKB”) diwujudkan sebagai “tipping point” kepada inisiatif pelaburan baharu sektor swasta. Pemberian geran sehingga 10% daripada keseluruhan kos projek kepada yang layak bagi komponen infrastruktur, mesin dan kelengkapan peralatan secara pembayaran balik (“reimbursement basis”).

Sektor keutamaan di bawah Program DKB ini adalah melibatkan (1) Pembuatan; (2) Ekonomi Digital; (3) Tanah Rizab Melayu/Tanah Wakaf/Tanah Adat (Sabah & Sarawak); (4)Perkhidmatan Kejuruteraan; (5)Pertanian & Industri Bio dan sektor – sektor lain yang terpilih.

Sektor-sektor Keutamaan

Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB)

Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 merupakan usaha Kerajaan Malaysia yang dimandatkan kepada TERAJU yang juga merupakan sebahagian dari Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK11).

Objektif utama DPUB adalah untuk meningkatkan taraf hidup komuniti Bumiputera khususnya yang bertaraf B40 yang tinggal di luar bandar (economic inclusivity) selaras dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Fokus DPUB
  1. Meningkatkan pendapatan dan kuasa membeli golongan miskin dan berpendapatan rendah

  2. Meningkatkan ekonomi luar bandar

  3. Meningkatkan produktiviti

  4. Mencipta peluang pekerjaan

  5. Meningkatkan potensi perniagaan

  6. Menggalakkan keusahawanan

Fakta Ringkas