Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Definisi

Iltizam menjadikan Malaysia sebuah negara terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama & inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah & rantaian bekalan

Matlamat

Menyediakan taraf hidup yang wajar pada semua rakyat pada 2030

"Saya tahu bahawa saudara dan saudari mahukan sebuah negara yang stabil, aman dan makmur. Sebuah negara yang menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua. Kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat.”

Kemakmuran Bersama

Tan Sri Mahiaddin Yassin

Bekas Perdana Menteri Malaysia

Objektif Kemakmuran Bersama

1. Menstruktur Ekonomi

Pembangunan Untuk Semua

Menstruktur semula ekonomi yang lebih progresif berpaksikan ilmu & bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat yang menyeluruh di semua peringkat.

2. Menangani Ketidaksamaaan

Menangani Jurang Kekayaan & Pendapatan

Menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, pembangunan wilayah & rantaian bekalan untuk membela & meningkatkan keupayaan semua rakyat supaya tiada yang ketinggalan.

3. Membina Negara

Negara Bersatu, Makmur & Bermaruah

Menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.

7 Teras

Aktiviti pertumbuhan ekonomi utama
Ekosistem perniagaan & industri
Pasaran buruh & pampasan pekerja
Modal insan
Kesejahteraan sosial
Keterangkuman wilayah
Modal sosial