Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Home > Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan salah satu inisiatif di bawah Hala Tuju Bumiputera yang dilancarkan oleh TERAJU yang bertumpu untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. Mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha Kerajaan dalam menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.

Program-program intervensi berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dirangka bagi memastikan aspirasi tersebut dicapai dibahagikan kepada 3 teras iaitu:

Program Pembiayaan Teras Yayasan Peneraju

Peneraju Tunas

Program pembiayaan pendidikan untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi, berpendapatan isi rumah rendah (RM 4,000 ke bawah) dan dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan berkualiti.

Peneraju Skil

Program Pembangunan Kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan antarabangsa. Program ini mempunyai dua segmen iaitu Peneraju Skil Iltizam (pelajar keciciran) dan Peneraju Skil (pekerja mahir) yang meliputi pelbagai sektor. Antaranya minyak & gas, elektrik & elektronik, komunikasi, communication content & infrastructure (CCI), penjagaan kesihatan, perkhidmatan perniagaan dan lain-lain.

Peneraju Profesional

Program Pembangunan bagi pensijilan profesional dan program spesialis. Peningkatan kepakaran dalam bidang-bidang profesional seperti perakaunan, kewangan, kejuruteraan dan lain-lain.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Yayasan Peneraju, sila hantarkan e-mel anda ke info@yayasanpeneraju.com.my  atau sila layari  www.yayasanpeneraju.com.my

16,200

mendapat tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dari 2012 sehingga Disember 2015

3,300

(Peneraju Tunas) Pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga berpendapatan isi rumah rendah dan persekitaran mencabar
9,200
(Peneraju Skil) Pelajar ikuti latihan pembangunan kemahiran ke peringkat pengiktirafan industri dan antarabangsa
3,700
(Peneraju Profesional) Pelajar dapat pembiayaan persijilan profesional dan spesialis bidang perakaunan, kewangan dan lain-lain

2016 Hakcipta Terpelihara. Unit Peneraju Agenda Bumiputera.

Nama Penuh

Alamat Emel

Tajuk

Pilih Program (jika ada)

Telefon

Mesej

Bantuan / Help

Pilih Bahasa / Select Language

Malaysia  United-kingdom-flag

 

Tukar warna teks

 

 

Untuk membesarkan tulisan tekan butang:

Untuk mengecilkan tulisan tekan butang

Untuk mencetak laman web, tekan butang

*