Dana Mudah Cara bernilai RM2 billion yang diperkenalkan oleh TERAJU dan UKAS (Unit Kerjasama Awam dan Swasta, Jabatan Perdana Menteri) kini lebih anjal dengan minima projek diturunkan kepada RM5 juta. Sebelum ini, permohonan Dana Mudah Cara adalah bagi projek dengan nilai minima RM20 juta ke atas.
Sebanyak RM600 juta telah diperuntukkan bagi projek dengan nilai minima RM5 juta untuk tahun 2012-2013. Permohonan bagi Dana Mudah Cara TERAJU juga boleh dibuat di pejabat satelit TERAJU yang terdapat di setiap Koridor Ekonomi.