Skim Jejak Jaya Bumiputera

Home > Skim Jejak Jaya Bumiputera

Program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) dikendalikan secara bersama oleh Teraju dan Ekuinas adalah bagi memberikan khidmat nasihat sokongan secara menyeluruh kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk disenaraikan.

SJJB diperluas untuk merangkumi syarikat tersenarai awam (PLC) Bumiputera bermodal pasaran kecil dan sederhana dengan matlamat memajukannya menjadi syarikat peneraju pasaran masa hadapan. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan nilai modal pasaran syarikat PLC Bumiputera.

Di bawah program SJJB, tumpuan diberikan terhadap usaha membina kapasiti dengan menyediakan khidmat nasihat secara menyeluruh kepada syarikat yang mempunyai potensi penyenaraian. Ini termasuk menyediakan pelan penciptaan nilai bagi meningkatkan kemampanan perniagaan menerusi pertumbuhan organik dan bukan organik, mengenalpasti cara mengakses dana, dan menambah baik proses urus tadbir syarikat untuk memastikan syarikat bersedia untuk disenaraikan serta pengembangan seterusnya. Selepas itu, SJJB akan bekerjasama dengan syarikat Bumiputera untuk merangka dan melaksanakan pelan IPO demi menjamin kejayaan penyenaraian.

Muat turun

Borang PermohonanSoalan LazimBorang PertanyaanLaman Web Ekuinas
13
syarikat telah disenaraikan di Bursa Malaysia
RM 7.8 bil
nilai pada Ogos 2017
RM 3.5 bil
nilai dicipta melalui penyenaraian syarikat-syarikat di bawah Skim Jejak Jaya Bumiputera

2016 Hakcipta Terpelihara. Unit Peneraju Agenda Bumiputera.

Nama Penuh

Alamat Emel

Tajuk

Pilih Program (jika ada)

Telefon

Mesej

Bantuan / Help

Pilih Bahasa / Select Language

Malaysia  United-kingdom-flag

 

Tukar warna teks

 

 

Untuk membesarkan tulisan tekan butang:

Untuk mengecilkan tulisan tekan butang

Untuk mencetak laman web, tekan butang

*