Pusat Kecemerlangan Industri Pembinaan

Home > Pusat Kecemerlangan Industri Pembinaan

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menjalinkan kerjasama strategik untuk meningkatkan kemahiran pekerja sektor pembinaan tempatan. Kerjasama bagi melaksanakan pusat kecemerlangan ini bertujuan untuk membangunkan kapasiti, keupayaan dan kepakaran Bumiputera melalui latihan dan perkongsian teknologi terkini dalam bidang-bidang pengkhususan.

Inisiatif ini akan  meningkatkan kualiti,  produktiviti dan kepakaran Bumiputera di bidang pembinaan  seterusnya menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, selaras dengan hala tuju transformasi ekonomi Bumiputera.

Beberapa syarikat yang terlibat dalam projek-projek mega dan mempunyai kepakaran di bidang-bidang tertentu akan terlibat sama dalam menjayakan inisiatif ini. Para peserta yang menjalani latihan di pusat ini akan ditempatkan di MMC-Gamuda, PNB Merdeka Ventures, NAZA TTDI dan Widad Business Group  bagi latihan industri.

Kumpulan sasar bagi pusat kecemerlangan ini adalah golongan profesional, graduan baru, penyelia dan pekerja berkemahiran yang terlibat dalam bidang pembinaan.

Borang PertanyaanLaman Web CIDB
RM 5 juta
pembiayaan latihan Pusat Kecemerlangan Mega Projek di CIDB
147
peserta program dari pelbagai kategori

2016 Hakcipta Terpelihara. Unit Peneraju Agenda Bumiputera.

Nama Penuh

Alamat Emel

Tajuk

Pilih Program (jika ada)

Telefon

Mesej

Bantuan / Help

Pilih Bahasa / Select Language

Malaysia  United-kingdom-flag

 

Tukar warna teks

 

 

Untuk membesarkan tulisan tekan butang:

Untuk mengecilkan tulisan tekan butang

Untuk mencetak laman web, tekan butang

*