YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Home > Inisiatif > YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan salah satu inisiatif di bawah Hala Tuju Bumiputera yang dilancarkan oleh TERAJU yang bertumpu untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan bumiputera secara sejagat dan berterusan. Objektif Yayasan ini adalah untuk memastikan bahawa keupayaan dan kepakaran golongan Bumiputera akan terus membangun untuk berdaya saing secara kompetitif di peringkat global.

Program-program intervansi berbentuk jangka pendek dan jangka panjang akan dirangka bagi memastikan aspirasi Yayasan dalam usahanya menyokong langkah Kerajaan kearah membentuk negara berpendapatan tinggi akan terlaksana.

Program Teras YPPB

1. Peneraju Pemimpin

Pembangunan Kepimpinan
Graduan Baru Yang Teratas – disalurkan ke organisasi yang mempunyai program pembangunan bakat/modal insan yang maju serta banyak memberi pendedahan kepada industri.

Pengurusan Pertengahan Yang Berpotensi – ‘cross-fertilization‘ dengan syarikat yang mempunyai pengurusan yang efektif untuk pendedahan dari segi perniagaan.

2. Peneraju Profesional

Pembangunan dan Pensijilan Profesional
Pensijilan Profesional – meningkatkan jumlah graduan & tenaga kerja yang mempunyai pensijilan profesional dan memberi pendedahan perkerjaan melalui penempatan di firma yang diiktiraf atau organisasi korporat (Akauntan, Peguam dan sebagainya).

Program Pakar – menyokong / mendorong mereka yang berkelayakan untuk mengikuti program pakar untuk meneruskan pengajian di universiti atau institusi swasta (Perubatan, Jurutera Penerbangan Berlesen dan sebagainya).

3. Peneraju Skil

Pengurusan dan Pemupukan Skil
Peluang kedua – peningkatan skil kepada bidang yang mempunyai pertumbuhan pendapatan tinggi (sektor Minyak & Gas, E&E, Marin dan sebagainya).

4. Peneraju Tunas

Bantuan di peringkat sekolah rendah dan menengah

Menengah ke Pengajian Tinggi – pelajar berprestasi pertengahan yang berpotensi dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana akan disalurkan kepengajian tinggi yang berkualiti (Universiti dan Vokasional).

Rendah ke Menengah – pelajar berprestasi sederhana yang berpotensi dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana akan disalurkan ke sekolah yang berkualiti tinggi (Sekolah kebangsaan, swasta dan antarabangsa).
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai YPPB, sila hantarkan e-mel anda ke info@penerajuedu.com  atau sila layari Laman Web YPPB

2015 Hakcipta Terpelihara. Unit Peneraju Agenda Bumiputera.

Nama Penuh

Alamat Emel

Tajuk

Pilih Program (jika ada)

Telefon

Mesej

Bantuan / Help

Pilih Bahasa / Select Language

Malaysia  

 

Untuk membesarkan tulisan tekan butang:

Untuk mengecilkan tulisan tekan butang

Untuk mencetak laman web, tekan butang