TERAJU ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.
TERAJU merupakan sekretariat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. TERAJU dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sehingga kini, TERAJU menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan penciptaan nilai melebihi RM 117 bilion. Inisiatif ini dilaksanakan melalui pelbagai kementerian, sektor swasta, agensi-agensi kerajaan pelbagai peringkat dan Koridor Ekonomi.
Selain itu, TERAJU juga mengadakan kolaborasi dan menentukan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilaksanakan oleh GLC melalui Khazanah Nasional Berhad yang menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG).