Pelupusan Aset GLC

Home > Pelupusan Aset GLC

Untuk menyelaras dan memperkemaskan peranan kerajaan dalam perniagaan, kerajaan akan terus menswastakan beberapa aset kerajaan, seperti institusi pendidikan dan perubatan, dan syarikat milik kerajaan, seperti syarikat-syarikat dibawah Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Kaedah penswastaan / pelupusan termasuk pelupusan penuh syarikat, pelupusan sebahagian syarikat, penjualan aset, pajakan aset, dan konsesi pengurusan akan digunakan. Untuk memastikan penyertaan Bumiputera, TERAJU akan menyelaras dan menetapkan garis panduan bagi proses pelupusan ini.

Memandangkan syarikat-syarikat berbeza dari segi bidang perniagaan, kedudukan kewangan, dan persekitaran industri, beberapa pilihan akan digunakan untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta.

Dalam proses penilaian dan pemilihan pembida, kerajaan akan mengambil kira perkara berikut:

  • Resume dan rekod prestasi individu utama yang dicadangkan sebagai pemegang saham, ahli lembaga pengarah dan pengurusan. Rekod prestasi syarikat juga akan diambil kira, jika syarikat sedia ada digunakan sebagai SPV dan rakan strategik, jika dicadangkan.
  • Pelan keseluruhan perniagaan
  • Cadangan pembiayaan; dan
  • Pegangan saham dan struktur tawaran.

Penilaian teknikal akan menumpukan kepada kemampuan syarikat untuk mengembangkan perniagaan, menyumbang kepada GNI, penjanaan guna tenaga dan manfaat ekonomi kepada Bumiputera. Penekanan juga akan diberikan kepada pembida yang mempunyai keupayaan dan pelan perniagaan yang jelas tentang cara untuk mentransformasi dan mengembangkan syarikat.

Borang PertanyaanLaman Web Khazanah NasionalLaman Web PNB
RM 164.4 juta
nilai pelupusan aset GLIC dan GLC
5
syarikat yang telah dilupuskan oleh GLIC dan GLC

2016 Hakcipta Terpelihara. Unit Peneraju Agenda Bumiputera.

Nama Penuh

Alamat Emel

Tajuk

Pilih Program (jika ada)

Telefon

Mesej

Bantuan / Help

Pilih Bahasa / Select Language

Malaysia  United-kingdom-flag

 

Tukar warna teks

 

 

Untuk membesarkan tulisan tekan butang:

Untuk mengecilkan tulisan tekan butang

Untuk mencetak laman web, tekan butang

*