Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB)Bil 3/2012

Julai 26, 2012 by in category Aktiviti with 0 and 0
Home > Media > Aktiviti > Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB)Bil 3/2012


YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan, sejak ditubuhkan 16 bulan lalu, TERAJU telah berjaya menyediakan peluang-peluang perniagaan dan pembiayaan kepada syarikat Bumiputera melibatkan jumlah keseluruhan RM13 bilion. Menurut beliau, pencapaian TERAJU ini penting bagi memastikan Bumiputera diwakili dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, pemilikan dan penguasaan syarikat-syarikat besar, serta penyertaan dalam sektor pertumbuhan tinggi ekonomi.

Program serta peluang pembiayaan ini termasuklah penyediaan Dana Mudah Cara berjumlah RM2 bilion, Dana TERAS berjumlah RM500 juta, Dana Pembiayaan Ekuiti (sweat equity) berjumlah RM50 juta dan peruntukan RM58.5 juta untuk Program Prosper TERAS.

Dari segi penciptaan peluang dan projek bagi membantu syarikat Bumiputera pula, TERAJU berjaya menyediakan akses pasaran melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan & “Industry Champions” dengan nilai projek berjumlah RM10.3 bilion melalui Projek MRT, penjualan aset GLC (asset divestment), mencipta peluang melalui projek Kerajaan dan GLC serta inisiatif swasta.

YAB Perdana Menteri turut mengumumkan pelanjutan tempoh Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah kelolaan Prokhas untuk setahun lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2013. TERAJU telah bekerjasama dengan Prokhas untuk memudahkan akses kepada Skim ini yang berjumlah RM930 juta dalam bentuk jaminan yang akan memudahkan kelulusan pinjaman dari institusi-institusi kewangan kepada syarikat-syarikat Bumiputera, terutamanya syarikat-syarikat di bawah program TERAS. Skim Jaminan ini kini terbuka kepada semua kategori syarikat TERAS walaupun ia dikhususkan kepada syarikat Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada RM3 bilion yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10); sebagai salah satu langkah Kerajaan memudahkan syarikat-syarikat Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) mendapat jaminan pembiayaan modal kerja.

Pada mesyuarat yang sama, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan mekanisma yang akan diambil untuk memastikan syarikat Bumiputera tidak ketinggalan dalam projek-projek mega.

Menurut YAB Perdana Menteri, “Kerajaan mengambil keputusan untuk memperluaskan pelaksanaan pakej-pakej khas kepada syarikat-syarikat Bumiputera dalam projek mega sepertimana yang diperkenalkan dalam Projek MyMRT. Ini akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang layak dan berpotensi untuk mengambil bahagian. “

Syarikat-syarikat yang ingin menyertai akan melalui proses pembidaan berpandukan prinsip-prinsip berlandaskan ketelusan, merit, keupayaan dan “track record” dalam projek-projek tersebut. Pendekatan ini juga diguna pakai dalam melaksanakan setiap inisiatif serta program di bawah Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera.

2016 Hakcipta Terpelihara. Unit Peneraju Agenda Bumiputera.

Nama Penuh

Alamat Emel

Tajuk

Pilih Program (jika ada)

Telefon

Mesej

Bantuan / Help

Pilih Bahasa / Select Language

Malaysia  United-kingdom-flag

 

Tukar warna teks

 

 

Untuk membesarkan tulisan tekan butang:

Untuk mengecilkan tulisan tekan butang

Untuk mencetak laman web, tekan butang

*