Md Silmi Abd Rahman merupakan seorang yang berkepakaran dalam pembangunan dan promosi perdagangan dan industri dalam dan luar negara. Kepakaran beliau meliputi sektor aeroangkasa & pertahanan, kereta api & maritim, pengangkutan, logistik dan perdagangan digital.
Selain terlibat dalam penubuhan MATRADE, beliau juga mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam mewujudkan rangkaian antarabangsa serta memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia ke pasaran global. Semasa bertugas di MATRADE, beliau pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Perdagangan di Jerman selama 6 tahun bagi menyelia pasaran Barat dan Eropah Timur. Sepanjang kariernya di MATRADE, beliau telah memainkan peranan penting dalam program pembangunan Bumiputera, termasuk menjalin kerjasama dengan MARA, SME Corp, SME Bank dan TERAJU sendiri.
Sebelum menyertai TERAJU, Md Silmi telah dilantik sebagai Penasihat kepada Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia.
Pengarah Kanan Keusahawanan & Pembangunan Perniagaan
Megat Mohd Yatim Bin Megat Hamid merupakan seorang rakan kongsi di sebuah Firma Pakar Runding sebelum menyertai TERAJU sebagai Pengarah Kanan Perniagaan/Pembangunan Usahawan. Mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam industri perbankan.
Pengarah Kanan Khidmat Korporat
Norfaazah Basir merupakan Ketua Khidmat Korporat sebelum menyertai TERAJU sebagai Pengarah Kanan Khidmat Korporat. Mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam perancangan dan komunikasi korporat.
.
Hubungi Kami
Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Tingkat 5, Menara Surian, No. 1,
Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
T +603 7839 8000
F +603 7839 8100
E info@teraju.gov.my
Visit our official page
2016 Hakcipta Terpelihara. Unit Peneraju Agenda Bumiputera.