Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ditubuhkan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.
- Menerajui Agenda Bumiputera seperti yang digariskan dalam “Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera” selaras dengan Pelan Transformasi Negara lainnya, termasuklah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Strategic Reform Initiatives (SRI) merentasi kementerian dan sektor.
- Memacu pelaksanaan Agenda Bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baru dan memperkenalkan pembaharuan kepada instrumen sedia ada.
- Menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputera melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Selaras dengan peranannya untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, TERAJU juga mengenalpasti, membangun dan menjadi pemudah cara untuk perlaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi atau “National Key Economic Area” (NKEA).