Mesej Perdana Menteri

Agenda Pembangunan Bumiputera merupakan salah satu penekanan yang diberi di dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10).

Komitmen Kerajaan untuk terus memperkasakan Agenda Pembangunan Bumiputera ini jelas dicerminkan dengan penubuhan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) untuk menggubal polisi, hala tuju strategik serta memantau keberkesanan pelaksanaan program serta inisiatif bagi golongan Bumiputera.

Penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) merupakan langkah untuk memastikan perancangan Kerajaan ini dilaksanakan dengan berkesan. Objektif utama Teraju adalah untuk menyelaraskan transformasi serta memperkukuhkan penyertaan golongan Bumiputera agar jurang ekonomi yang wujud diantara Bumiputera dengan kaum lain, dapat dirapatkan.

Demi semangat “1Malaysia”: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, setiap rakyat Malaysia harus komited dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjayakan pelan transformasi Negara kearah Negara maju, berpendapatan tinggi, berdaya tahan serta berdaya saing.

Melangkah ke hadapan, kita perlu berfikir di luar kotak dan memperkenalkan “game changer” bagi memperkasakan Agenda Pembangunan Bumiputera. Ini adalah antara fungsi utama Teraju,untuk memastikan agar masyarakat Bumiputera dapat meraih peluang dan manfaat yang saksama daripada pertumbuhan pesat ekonomi Negara pada masa hadapan.

Hubungi Kami

Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Jabatan Perdana Menteri
5th Floor, Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810,
Selangor Darul Ehsan

T +603 7839 8000 F +603 7839 8100
E info@teraju.gov.my

Pautan