Mesej Ketua Pegawai Eksekutif

Home > MAKLUMAT TERAJU > Mesej Ketua Pegawai Eksekutif

Sebagai sekretariat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera, TERAJU berperanan menentukan bahawa Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilaksanakan secara rentas kementerian, agensi dan GLIC / GLC. Sehingga kini, TERAJU telah menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan penciptaan nilai melebihi RM 108 bilion.

Kejayaan pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bergantung rapat kepada kerjasama erat sektor awam, sektor swasta dan sektor bukan kerajaan. Selaras dengan prinsip ini, TERAJU telah dan akan terus mengadakan “strategic engagement” dengan kesemua pihak-pihak yang berkepentingan untuk menentukan kesemua inisiatif yang dilaksanakan memenuhi aspirasi kumpulan sasar.

Selaras dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera sebagai agenda nasional, TERAJU akan menentukan aspirasi, isu-isu dan inisiatif yang dikemukakan melalui “engagement” ini diangkat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera.

Akhir sekali, TERAJU juga akan menentukan bahawa kecekapan sistem penyampaian kerajaan khusus dalam pembangunan ekonomi Bumiputera terus ditingkatkan agar matlamat akhir ini dapat dicapai.

q1
Close

2016 Hakcipta Terpelihara. Unit Peneraju Agenda Bumiputera.

Nama Penuh

Alamat Emel

Tajuk

Pilih Program (jika ada)

Telefon

Mesej

Bantuan / Help

Pilih Bahasa / Select Language

Malaysia  United-kingdom-flag

 

Tukar warna teks

 

 

Untuk membesarkan tulisan tekan butang:

Untuk mengecilkan tulisan tekan butang

Untuk mencetak laman web, tekan butang

*