Dana TeraS

Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) diberikan akses kepada Dana TERAS yang bernilai RM500 juta

Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) kini boleh memohon kemudahan pinjaman RM500 juta (Dana TERAS) yang telah diumumkan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dana itu bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat Bumiputera berprestasi tinggi.

Di bawah Dana Teras itu, SME Bank menawarkan kemudahan pinjaman sehingga RM20 juta kepada setiap syarikat bagi membantu pengembangan perniagaan menerusi modal kerja dan pembiayaan pembelian aset. SME Bank juga memperuntukkan RM150 juta bagi pinjaman modal kerja, di mana sesebuah syarikat boleh meminjam antara RM1 juta hingga RM10 juta. Sebanyak RM350 juta diperuntukkan bagi pembiayaan membeli aset yang membolehkan sesebuah syarikat memohon pinjaman sehingga RM20 juta.

Pada 10 Disember 2012 yang lalu, satu perjanjian kerjasama dimeterai bersama RHB Islamic Berhad untuk penyediaan Dana Teras bernilai RM520 juta.  Sebanyak RM160 juta bagi pinjaman modal kerja manakala RM360 juta diperuntukkan bagi pembiayaan membeli aset komersial.

** Sehingga 1 Januari 2013, sebanyak RM 1.02bil Dana Teras telah disediakan untuk syarikat – syarikat TeraS dan sebanyak RM179juta permohonan telah diluluskan.

Hubungi Kami

Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Jabatan Perdana Menteri
5th Floor, Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810,
Selangor Darul Ehsan

T +603 7839 8000 F +603 7839 8100
E info@teraju.gov.my

Pautan