Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) telah dilancarkan pada 20 Julai 2011. Objektif TeraS adalah untuk mengenal pasti syarikat Bumiputera yang berpotensi tinggi dan membantu syarikat ini mencapai peningkatan perniagaan dengan menyediakan peluang perniagaan berasaskan merit. Di bawah program ini, 1,100 syarikat Bumiputera akan dibantu untuk mengembangkan perniagaan di peringkat serantau. Sesetengah syarikat yang besar dalam TeraS akan memainkan peranan sebagai syarikat induk dalam menyokong pertumbuhan perniagaan syarikat TeraS yang lain.
Program ini menyasarkan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi untuk berkembang maju dalam jangka masa lima hingga sepuluh tahun akan datang. Matlamatnya adalah supaya syarikat ini bukan hanya berkembang melangkaui pasaran tempatan tetapi juga ke peringkat pasaran global. Matlamat keseluruhannya, adalah untuk membolehkan syarikat TeraS memberi sumbangan ketara kepada KDNK menjelang tahun 2020
** Sehingga 10 Januari 2013, sebanyak :
1) 300 buah syarikat telah menyertai program TeraS
2) RM1.02bil Dana Teras disediakan untuk syarikat-syarikat TeraS
3) RM 930juta disediakan untuk syarikat TeraS di bawah Skim Jaminan Modal Kerja oleh Prokhas