Pembiayaan Ekuiti

Pembiayaan Ekuiti (Sweat Equity)

Skim Pembiayaan Ekuiti telah diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti di dalam syarikat-syarikat oleh usahawan-usahawan korporat Bumiputera dan akhirnya membantu meningkatkan penciptaan kekayaan Bumiputera.

Ianya membolehkan penciptaan, peningkatan dan pembangunan usahawan Bumiputera di dalam ekonomi melalui peningkatan kemampuan, mempercepatkan pertumbuhan dan daya saing di pasaran terbuka.

Sokongan pembiayaan akan diberikan kepada usahawan korporat Bumiputera yang layak, untuk memudahkan mengambil-alihan pegangan ekuiti usahawan tersebut di dalam syarikat terpilih.

Tarikh dilancarkan: 26 November 2011

Status Pelaksanaan: Usahasama antara MARA, Johor Corporation dan TERAJU di dalam memberi sokongan kepada usahawan-usahawan Johor Corporation yang berkebolehan, untuk memperolehi saham-saham di dalam syarikat-syarikat Johor Corporation.  Kolaborasi seterusnya di antara TERAJU dan MARA,  adalah untuk mengenalpasti syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan usahawan-usahawan korporat Bumiputera yang berpotensi untuk program pembiayaan ekuiti.

Kumpulan Sasaran: GLCs dan pengurusan Bumiputera di dalam syarikat-syarikat terpilih.

Hubungi Kami

Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Jabatan Perdana Menteri
5th Floor, Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810,
Selangor Darul Ehsan

T +603 7839 8000 F +603 7839 8100
E info@teraju.gov.my

Pautan