Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) ialah satu insiatif kerajaan untuk menyediakan bantuan ‘last-mile’ kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan untuk disenaraikanke Bursa Malaysia. Bantuan ini untuk menjamin kejayaan syarikat tersebut disenaraikan ke Bursa Malaysia, sekaligus meningkatkan pegangan ekuiti korporat Bumiputera. Skim ini telah dilancarkan pada tahun 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri adalah Pengerusi Jawatan kuasa Eksekutif SJJB. Keanggotaan SJJB merangkumi pelbagai pihak, termasuklah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.
** Sehingga 10 Januari 2013, sebanyak 7 buah syarikat telah berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia.
MAKLUMAN- Semua pejabat TERAJU@Koridor ditutup pada 16/5/2013 dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 17/5/2013.