Pengurusan Stakeholder

Sebagai sebuah unit strategik, TERAJU memerlukan input dari pelbagai kelompok stakeholder, termasuklah agensi-agens kerajaan, sektor swasta, usahawan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi membolehkannya menilai keberkesanan dasar & inisiatif, serta melakukan penerokaan inisiatif baru.

Maklum balas dari stakeholder juga penting bagi membolehkan TERAJU mengenal pasti kelemahan dalam perlaksanaan inisiatif-inisiatifnya.

STEPS, atau “Stakeholder Engagement Programmes” adalah merupakaninisiatif TERAJU untuk mencapai (to reach out) kelompok stakeholder tersebut melalui “engagement” yang bermakna.

Antara inisiatif dibawah STEPS ialah Program JEJAK 2012 yang merupakan “road show” di lima Wilayah Ekonomi di seluruhnegara. Sehingga kini JEJAK 2012 telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan. JEJAK 2012 bagi Iskandar Malaysia akan di adakan sebelum hujung tahun ini.

Selain itu, TERAJU juga mengadakan pelbagai siri “engagement” melalui aktiviti perbincangan meja bulat, makmal, bengkel dan diskusi sama ada secara formal dan tak formal.

TERAJU juga memanfaatkan media massa dan media sosial sebagai saluran “engagement” dengan stakeholder. Sehingga Jun 2012, sebanyak 602 laporan mengenai TERAJU mendapat tempat dalam media cetak, 250 dalam media penyiaran dan 489 dalam website.

Sebagai sebahagian STEPS juga, TERAJU menyediakan saluran berikut di media sosial:

Twitter
http://www.twitter.com/terajuofficial

Facebook
http://www.facebook.com/terajuofficialpage

Flickr
http://www.flickr.com/terajuofficial

YouTube
http://www.youtube.com/terajuofficial

Sila berikan pandangan anda!

Hubungi Kami

Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Jabatan Perdana Menteri
5th Floor, Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810,
Selangor Darul Ehsan

T +603 7839 8000 F +603 7839 8100
E info@teraju.gov.my

Pautan