Untuk menyelaras dan memperkemaskan peranan Kerajaan dalam perniagaan, Kerajaan akan terus menswastakan beberapa aset kerajaan, seperti institusi pendidikan dan perubatan, dan syarikat milik kerajaan, seperti syarikat-syarikat dibawah Kementerian Kewangan Diperbadankan.
Kaedah penswastaan/pelupusan termasuk pelupusan penuh syarikat, pelupusan sebahagian syarikat, penjualan aset, pajakan aset, dan konsesi pengurusanakan digunakan. Untuk memastikan penyertaan Bumiputera, TERAJU akan menyelaras dan menetapkan garis panduan bagi proses pelupusan ini.
Memandangkan syarikat-syarikat berbeza dari segi bidang perniagaan, kedudukan kewangan, dan persekitaran industri, beberapa opsyen akan digunakan untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta.
Dalam proses penilaian dan pemilihan pembida, Kerajaan akan mengambil kira perkara berikut:
Penilaian teknikal akan menumpukan kepada kemampuan syarikat untuk mengembangkan perniagaan, menyumbang kepada GNI, penjanaan guna tenaga, dan manfaat ekonomi kepada Bumiputera. Penekanan juga akan diberikan kepada pembida yang mempunyai keupayaan dan pelan perniagaan yang jelas tentang cara untuk mentransformasi dan mengembangkan syarikat.
** Sehingga 1 Januari 2013, sebanyak 5 daripada 10 syarikat telah disenaraikan untuk pelupusan dengan nilai berjumlah RM500juta