Inisiatif swasta

Advance Pact Sdn Bhd meterai perjanjian RM600 juta

Advance Pact Sdn Bhd, sebuah syarikat TERAS telah menandatangani perjanjian bernilai RM600 juta bersama Peninsular Medical Sdn Bhd (PenMedic), sebuah anak syarikat AZRB. Dengan perjanjian tersebut, PenMedic melantik Advance Pact untuk menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti Hospital untuk Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama 21 tahun setengah bermula tahun 2015.

Upacara menandatangani perjanjian tersebut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Encik Husni Salleh. Pada majlis tersebut, YB Tan Sri Nor Mohamed berkata, kerajaan mengalu-alukan syarikat-syarikat bumiputera berprestasi dengan kemahiran khusus serta rekod yang baik bekerjasama dalam sektor bernilai tinggi seperti penjagaan kesihatan.

“Kerajaan berharap untuk melihat lebih banyak syarikat bumiputera yang besar memainkan peranan utama dalam menyokong pertumbuhan perniagaan syarikat TERAS yang lain,” katanya.

 

Hubungi Kami

Unit Peneraju Agenda Bumiputera
Jabatan Perdana Menteri
5th Floor, Surian Tower, No. 1, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810,
Selangor Darul Ehsan

T +603 7839 8000 F +603 7839 8100
E info@teraju.gov.my

Pautan