Inisiatif carve-out adalah bertujuan untuk meningkatkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam projek mega kerajaan dan GLC.
Langkah ini sejajar dengan peranan TERAJU bagi membantu menyediakan peluang kepada syarikat Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Inisiatif ini diterajui enam prinsip rancangan Transformasi Ekonomi Bumiputera iaitu mesra pasaran, berasaskan keperluan, berasaskan merit, ketelusan, daya saing, pro pertumbuhan dan mapan.
Syarikat Bumiputera yang berkelayakan harus bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kontrak bagi projek berkenaan dan pemilihan akan dibuat berdasarkan merit.
Sebelum ini, pada 2012, TERAJU telah bekerjasama dengan MRT Corp bagi melaksanakan projek MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang. Dalam kerjasama itu, MRT Corp 50 peratus daripada pakej kerja projek berkenaan kepada 265 kontraktor Bumiputera.